DERMA KILAT KEBAKARAN
Madrasah Tahfiz Al Johari Parit Bingan, Parit Raja Batu Pahat, Johor.
31 Disember 2024 | Sekitar jam 8.30 pagi, telah berlaku satu kebakaran di asrama Maahad Tahfiz Al-Johari yang menyebabkan bangunan dua tingkat itu musnah sama sekali, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Seramai 23 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Hitam, Penggaram dan Rengit terlibat dalam kerja-kerja memadamkan kebakaran tersebut.
Syukur alhamdulillah apabila api berjaya dipadamkan kira-kira dua jam kemudian. Tiada mangsa yang terbabit dalam kejadian itu.
Kebakaran tersebut telah memusnah keseluruhan blok asrama pelajar-pelajar. Dan pelajar-pelajar sekarang terpaksa tidur di surau buat sementara waktu.
Jadi tuan-puan yang budiman sekalian, marilah membantu dan menyumbang untuk pembinaan semula asrama pelajar di maahad ini. Pihak pengurusan sekolah memerlukan hampir Rm 300,000 untuk baik pulih blok asrama ini.
Semoga dengan sumbangan tuan-puan dapat meringankan bebanan yang terpaksa ditanggung oleh pihak maahad dan juga pelajar-pelajar. Mudah-mudahan menjadi saham tuan-puan di akhirat serta menjadi amal jariah kelak. InsyaAllah